Tuesday, August 19, 2014

pengalaman interview KX27

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

terpakse curik mase hapdet belog.

14aug haritu, ika g inetrview KX27 kat kompleks C putrajaya. kul 10 pagi. ika bangun kul 6.30, pastu study.. study pun sikit-sikit je..ika join group whatsapp KX27. kat situ ade la bincang-bincang info pasal kx27 ni.. ika print yang tu, study. ingat sikit-sikit.. ika pun ade la study sikit-sikit kat website penjara... pastu ade yang cari kat pakcik google.. 

Kat sini ada contoh-contoh soalan lazim yang ditanya semasa seisi temuduga :


1-Apakah tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KX27?
2-Siapakah Ketua Pengarah Penjara Malaysia sekarang?
3-Jabatan Penjara Malaysia berada di bawah kementerian mana?
4-Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?
5-Namakan timbalan kepada beliau?
6-Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Dalam Negeri?
7-Apakah tugas Jabatan Penjara?
8-Sebutkan motto Jabatan Penjara dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Penjara?
9-Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi penahanan dan pemulihan, Jabatan Penjara Malaysia tertakluk kepada akta / peraturan. Boleh anda terangkan akta / peraturan berkaitan yang anda tahu?
10-Apakah objektif penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak?
11-Apa yang anda tahu tentang Program Mesej Dari Penjara yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara?
12-Tujuan Sekolah Henry Gurney diwujudkan di Malaysia?
13-Apa yang anda tahu tentang hukuman seumur hidup?
14-Apakah tujuan pusat pemulihan akhlak diwujudkan?

sumber dari pakcik google sahaja. ade sorang kat group whatsapp tu dah kena interview awal. dia ditanya apa maksud penjara sejahtera?.. ika cari kat website penjara, tak jumpa. terus tanya kat group whatsapp laju-laju... pastu sorang member whatsapp tolong. izwan name die.. thanks izwan.

pastu, siap-siap. kul 9 gitu gerak.. dengan sesat lagiii.. haiyooo.. nasib baik ade incik waze.. dalam kete sempat gak study sikit-sikit.. ika kena interview ngan tuan haji sumali bin amat dan 1 lagi panel dari penjara..

pendekkan ceritaa..

masuk jee.. dah dupdapdupdap.. pastu dia tanya pasal family.. pastu...

panel 1 : ok, kita sebagai pegawai penjara ni bukannya senang. contoh la, kalau ade sorang banduan ni, laki. dia tak boleh tengok pompuan. kalau tengok pompuan je, rase nak kejar. rase nak rogol. ape yang kamu nak cakap dengan dia?

ika : ermm.. nasihat secara berperingkat. cakap dengan banduan, "dia ade ibu, dan mungkin dia ada kakak atau adik. ape perasaan dia kalau orang buat camtu kat family dia?"

panel 1 : erm... ok, ok... baguss.. selain tu, ape care nak buat?.. soalan saya ni susah, saya tauu..

ika : kenalpasti minat banduan. contoh, kalau banduan suka membaca, kalau dia nampak perempuan, bagi dia bahan bacaan.

panel 1 : ok... tapi tu cara moden. kalau cara lain, camne?.. contoh la, sorang laki ni nak kawen, tapi tak mampu. gaji die bulan-bulan RM450.50 je.. camne?.. 

ika : erm.. maaf tuan, saya tak tau.. 

panel 1 : dalam Al-Quran ade sebut, jika tak mampu untuk berkahwin, maka berpuasalah. suruh la banduan tu berpuasa.. ok, selain tu, ape lagi cara kita bole buat?.. dalam segi kerohanian.

ika : dekatkan diri dengan Allah. 

panel 1 : camne tu?.. mendekatkan diri dengan Allah tu meluas..

ika : berzikir kalau nampak perempuan cantik.. ingatla, wanita tu ciptaan Allah. 

panel 1 : suruh la banduan tu buat solat sunat.. solat sunat istikharah, solat sunat taubah, solat sunat tasbih.. ni dah macam terbalik, macam awak yang interview saya.. ni saya cakap dengan awak ni, nanti balik, pesan la dengan kawan-kawan.. dalam Al-Quran pun ade sebut, berpesan-pesanlah kebaikan sesama kita..

pendekkan cerita lagi.. kali ni kat panel 2 lak.. panel dari penjara.

panel 2 : apa maksud penjara sejahtera?

ika : (dapat jawap, tapi tak ingat jawap ape)

panel 2 : apa 5 point penjara sejahtera.

ika : (alamak... ni memang tak bace langsung ni..). maaf tuan, saya tak pasti..

panel 2 : ok, takpe.. siapa name ketua pengarah penjara?

ika : (dapat jawap)

panel 2 : penjara ni under kementerian apa?

ika : (dapat jawap)

panel 2 : siapa nama menteri dia?

ika : (dapat jawap gak)

panel 2 : ok, itu saja..

Pheww... habis azab interview... sekarang tengah tunggu 29 september je... tapi ika sendiri memang rasa takde harapan.. perempuan pun kekosongan sikit je... takpe.. mesti ade hikmah dia.. doakan ika berjaya....

babaiii... 








kalau suke, LIKE saje..

13 comments:

  1. minat ke jadi Penolong Penguasa Penjara.. :)

    ReplyDelete
  2. berapa lama dalam interview ini?

    ReplyDelete
  3. aduhai soalan... ngeri KM tengok.. haha tp itu challenge hihi

    ReplyDelete
  4. Wahhh goodluck ye Ika ^^ Kita pernah kena interview sekali je tu pun sbb nak mohon pinjaman dupdap gak aa

    ReplyDelete
  5. Awak camne dapat tak ika? hmm saya tak lepas lahh. sedihh betul :( tapi nak buat camne rezki saya bukan kat situ. hmm ..

    ReplyDelete
  6. Selamat berjaya.. moga ada rezeki :)) bw kesini..follow blog ni juga # 848

    ReplyDelete
  7. orang cakap kalau interbieu ni kalau tak berbual mesra tu macam tak dapat... kalau dia tanya soklan2 bocor tu agaknya lagi susah...

    Salam kenal dan salam singgah

    ReplyDelete
  8. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete
  9. ok... tapi tu cara moden. kalau cara lain, camne?.. contoh la, sorang laki ni nak kawen, tapi tak mampu. gaji die bulan-bulan RM450.50 je.. camne? Голые: заказать проститутку в Днепропетровске
    Развратная сучка,облоскает упругого мальчика!!! Хитрые люди презирают знание, простаки удивляются ему, мудрые люди пользуются им.

    ReplyDelete