Tuesday, August 19, 2014

pengalaman interview KX27

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

terpakse curik mase hapdet belog.

14aug haritu, ika g inetrview KX27 kat kompleks C putrajaya. kul 10 pagi. ika bangun kul 6.30, pastu study.. study pun sikit-sikit je..ika join group whatsapp KX27. kat situ ade la bincang-bincang info pasal kx27 ni.. ika print yang tu, study. ingat sikit-sikit.. ika pun ade la study sikit-sikit kat website penjara... pastu ade yang cari kat pakcik google.. 

Kat sini ada contoh-contoh soalan lazim yang ditanya semasa seisi temuduga :


1-Apakah tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KX27?
2-Siapakah Ketua Pengarah Penjara Malaysia sekarang?
3-Jabatan Penjara Malaysia berada di bawah kementerian mana?
4-Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?
5-Namakan timbalan kepada beliau?
6-Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Dalam Negeri?
7-Apakah tugas Jabatan Penjara?
8-Sebutkan motto Jabatan Penjara dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Penjara?
9-Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi penahanan dan pemulihan, Jabatan Penjara Malaysia tertakluk kepada akta / peraturan. Boleh anda terangkan akta / peraturan berkaitan yang anda tahu?
10-Apakah objektif penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak?
11-Apa yang anda tahu tentang Program Mesej Dari Penjara yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara?
12-Tujuan Sekolah Henry Gurney diwujudkan di Malaysia?
13-Apa yang anda tahu tentang hukuman seumur hidup?
14-Apakah tujuan pusat pemulihan akhlak diwujudkan?

sumber dari pakcik google sahaja. ade sorang kat group whatsapp tu dah kena interview awal. dia ditanya apa maksud penjara sejahtera?.. ika cari kat website penjara, tak jumpa. terus tanya kat group whatsapp laju-laju... pastu sorang member whatsapp tolong. izwan name die.. thanks izwan.

pastu, siap-siap. kul 9 gitu gerak.. dengan sesat lagiii.. haiyooo.. nasib baik ade incik waze.. dalam kete sempat gak study sikit-sikit.. ika kena interview ngan tuan haji sumali bin amat dan 1 lagi panel dari penjara..

pendekkan ceritaa..

masuk jee.. dah dupdapdupdap.. pastu dia tanya pasal family.. pastu...

panel 1 : ok, kita sebagai pegawai penjara ni bukannya senang. contoh la, kalau ade sorang banduan ni, laki. dia tak boleh tengok pompuan. kalau tengok pompuan je, rase nak kejar. rase nak rogol. ape yang kamu nak cakap dengan dia?

ika : ermm.. nasihat secara berperingkat. cakap dengan banduan, "dia ade ibu, dan mungkin dia ada kakak atau adik. ape perasaan dia kalau orang buat camtu kat family dia?"

panel 1 : erm... ok, ok... baguss.. selain tu, ape care nak buat?.. soalan saya ni susah, saya tauu..

ika : kenalpasti minat banduan. contoh, kalau banduan suka membaca, kalau dia nampak perempuan, bagi dia bahan bacaan.

panel 1 : ok... tapi tu cara moden. kalau cara lain, camne?.. contoh la, sorang laki ni nak kawen, tapi tak mampu. gaji die bulan-bulan RM450.50 je.. camne?.. 

ika : erm.. maaf tuan, saya tak tau.. 

panel 1 : dalam Al-Quran ade sebut, jika tak mampu untuk berkahwin, maka berpuasalah. suruh la banduan tu berpuasa.. ok, selain tu, ape lagi cara kita bole buat?.. dalam segi kerohanian.

ika : dekatkan diri dengan Allah. 

panel 1 : camne tu?.. mendekatkan diri dengan Allah tu meluas..

ika : berzikir kalau nampak perempuan cantik.. ingatla, wanita tu ciptaan Allah. 

panel 1 : suruh la banduan tu buat solat sunat.. solat sunat istikharah, solat sunat taubah, solat sunat tasbih.. ni dah macam terbalik, macam awak yang interview saya.. ni saya cakap dengan awak ni, nanti balik, pesan la dengan kawan-kawan.. dalam Al-Quran pun ade sebut, berpesan-pesanlah kebaikan sesama kita..

pendekkan cerita lagi.. kali ni kat panel 2 lak.. panel dari penjara.

panel 2 : apa maksud penjara sejahtera?

ika : (dapat jawap, tapi tak ingat jawap ape)

panel 2 : apa 5 point penjara sejahtera.

ika : (alamak... ni memang tak bace langsung ni..). maaf tuan, saya tak pasti..

panel 2 : ok, takpe.. siapa name ketua pengarah penjara?

ika : (dapat jawap)

panel 2 : penjara ni under kementerian apa?

ika : (dapat jawap)

panel 2 : siapa nama menteri dia?

ika : (dapat jawap gak)

panel 2 : ok, itu saja..

Pheww... habis azab interview... sekarang tengah tunggu 29 september je... tapi ika sendiri memang rasa takde harapan.. perempuan pun kekosongan sikit je... takpe.. mesti ade hikmah dia.. doakan ika berjaya....

babaiii... 








kalau suke, LIKE saje..

Monday, August 18, 2014

maafkan kebizian sayaaa...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

busyyy.. busyyyyy... 

14Aug - Interview KX27.
15Aug - Adik nikah.
16Aug - Majlis adik.
17Aug - Pengsan.
18Aug - Keje cam biase.

ingat nak hapdet entry pasal interview tuu.. pastu nak hapdet pasal nikah adik.. pastu nak hapdet pasal majlis adik.. tapii... buat mase ni kekangan mase.. cehh, kekangan mase gituu..

sekarang kat tempat keje pun busyy.. rasenye sekarang tgh arab season kot.. sebab ramai orang arab je.. pastu short staff.. tu yang tak sempat nak hapdet entry tuu..

harini baru masuk keje balik. tapi bile dah lame cuti, mula la keje bertimbun. bertingkek-tingkek.. harini nak rilek dulu, esok baru pulun.. 

yang folo, yang komen, nanti ika reply and folo balik tauuu...


babaiiii.. 

kalau suke, LIKE saje..

Friday, August 8, 2014

Kisah Raya Saya Part 2. Bergambar ngan Kamal Adli.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

semalam part 1, harini part 2. dun worry, takde part 3 pun.. hee.. 

 * dengan adik no 3

  * no 1, mama, no 4, no 3. no 2 takde, gi raye umah bakal mak mertua.

  * L.O.V.E.

 * Possing sakan kat tembok umah nenek.

 * Raya kali ni musim rambutan. Gigih masuk kebun atuk nak ambik gambar punya pasal. hee..

 * mama ngan adik ke 3 posing ngan kete sorong atuk.

 * sepupu. ika. no 3. sepupu. mama. ade cam pak lebai tak?

 * ni kat BP Mall. ade decoration raya kat pentas. tumpang posing jap.

 * ika n mama.

 *makan ais krim cool stick. not bad laa..

* ni haaa.. gambar raya ngan kamal adli. cam sedondon je ngan mama. kamal adli ni duta cool stick.




kesimpulan raya tahun ni.

* tak best.
* tak meriah.
* tak dapat makan lemang.
*duit raya dapat RM41.
* kad raya dapat 1.
* lagi banyak buat persiapan kawen daripada persiapan raya.


babaaaaiii..



kalau suke, LIKE saje..

Thursday, August 7, 2014

Kisah Raya Saya Part 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

eiyaahhh.. rase cam nak letop-letop jari jemari pas lame tak menghapdet belog. over tak?.. sebab lame tak hapdet tu la jadi 2 part. hee.. raya ni ika superrrr busyy.. sebab ade 2 majlis kawen dalam bulan 8 ni. 2hb sepupu kawen kt johor, 15hb adik kawen. pastu 14hb lak interview KX27. 

ika start cuti hari sabtu. so jumaat malam dah balik umah mama. esoknye sabtu buat goodies bag adik kawen, pastu setelkan ape-ape yang patut dulu kat umah sebelum balik kampung. sampai la hari ahad malam pun tak setel-setel gak. kitorang balik malam raye. tak pernah kitorang balik kampung malam raya. selalu mesti balik awal sehari atau 2 hari. nak muntah hokeyy buat goodies bag banyak-banyaaakk..

RAYA 1ST - 28JUL
kat kampung lak.. pagi-pagi raye, dok depan tv, buat goodies bag lagi untuk sepupu kawen lak. tak pakai baju raye pun. petang pun buat keje-keje kawen. kemas umah nenek. sepupu buat kenduri kat umah nenek.sebab atuk ngan nenek dah tua, dah tak larat nak mengemas.

RAYA 2ND - 29JUL
nak keluar jap ngan family, nak cari barang untuk adik ika yang nak balik asrama n balik u. so kitorang decided nak g BP Mall. pakai baju raye cecantik, ambik gambar bebanyak, posing.. orang selalu raya 1st kan. kitorang raye 2nd. jadila daripada takde kan.

RAYA 3RD - 30JUL
balik banting dengan adik no 3. terpaksa balik awal sebab raya 4 dah kena kerja. adik lak dah nak balik u kat terengganu. first time balik naik bas tau dari johor..

RAYA 4TH - 31JUL
KEJE!

RAYA 5TH - 1AUG
keje. malam, balik johor lagi. naik bas dari TBS. canggih gak TBS tu kan?.. cam ala-ala airport system die. Sampai kampung, sambung buat keje kawen.

RAYA 6TH - 2AUG
sepupu kawen. belah pompuan. pernah dengar tak duit tol untuk perkahwinan orang johor?.

RAYA 7TH - 3AUG
majlis belah laki pulak. Gerak balik banting.

RAYA 8TH - 4AUG
MC. tak sihat. sambung buat keje kawen. tapi untuk adik pulak.

RAYA 9TH - 5AUG
keje cam biaseee...

haaaa.. panjang kan?.. cam diary lak.. akibat lame tak menghapdet la ni.. hee..
* tanjaatt kite. sebab entry panjang sangat. hee..

babaiii..






kalau suke, LIKE saje..