Tuesday, August 19, 2014

pengalaman interview KX27

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

terpakse curik mase hapdet belog.

14aug haritu, ika g inetrview KX27 kat kompleks C putrajaya. kul 10 pagi. ika bangun kul 6.30, pastu study.. study pun sikit-sikit je..ika join group whatsapp KX27. kat situ ade la bincang-bincang info pasal kx27 ni.. ika print yang tu, study. ingat sikit-sikit.. ika pun ade la study sikit-sikit kat website penjara... pastu ade yang cari kat pakcik google.. 

Kat sini ada contoh-contoh soalan lazim yang ditanya semasa seisi temuduga :


1-Apakah tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KX27?
2-Siapakah Ketua Pengarah Penjara Malaysia sekarang?
3-Jabatan Penjara Malaysia berada di bawah kementerian mana?
4-Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?
5-Namakan timbalan kepada beliau?
6-Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Dalam Negeri?
7-Apakah tugas Jabatan Penjara?
8-Sebutkan motto Jabatan Penjara dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Penjara?
9-Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi penahanan dan pemulihan, Jabatan Penjara Malaysia tertakluk kepada akta / peraturan. Boleh anda terangkan akta / peraturan berkaitan yang anda tahu?
10-Apakah objektif penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak?
11-Apa yang anda tahu tentang Program Mesej Dari Penjara yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara?
12-Tujuan Sekolah Henry Gurney diwujudkan di Malaysia?
13-Apa yang anda tahu tentang hukuman seumur hidup?
14-Apakah tujuan pusat pemulihan akhlak diwujudkan?

sumber dari pakcik google sahaja. ade sorang kat group whatsapp tu dah kena interview awal. dia ditanya apa maksud penjara sejahtera?.. ika cari kat website penjara, tak jumpa. terus tanya kat group whatsapp laju-laju... pastu sorang member whatsapp tolong. izwan name die.. thanks izwan.

pastu, siap-siap. kul 9 gitu gerak.. dengan sesat lagiii.. haiyooo.. nasib baik ade incik waze.. dalam kete sempat gak study sikit-sikit.. ika kena interview ngan tuan haji sumali bin amat dan 1 lagi panel dari penjara..

pendekkan ceritaa..

masuk jee.. dah dupdapdupdap.. pastu dia tanya pasal family.. pastu...

panel 1 : ok, kita sebagai pegawai penjara ni bukannya senang. contoh la, kalau ade sorang banduan ni, laki. dia tak boleh tengok pompuan. kalau tengok pompuan je, rase nak kejar. rase nak rogol. ape yang kamu nak cakap dengan dia?

ika : ermm.. nasihat secara berperingkat. cakap dengan banduan, "dia ade ibu, dan mungkin dia ada kakak atau adik. ape perasaan dia kalau orang buat camtu kat family dia?"

panel 1 : erm... ok, ok... baguss.. selain tu, ape care nak buat?.. soalan saya ni susah, saya tauu..

ika : kenalpasti minat banduan. contoh, kalau banduan suka membaca, kalau dia nampak perempuan, bagi dia bahan bacaan.

panel 1 : ok... tapi tu cara moden. kalau cara lain, camne?.. contoh la, sorang laki ni nak kawen, tapi tak mampu. gaji die bulan-bulan RM450.50 je.. camne?.. 

ika : erm.. maaf tuan, saya tak tau.. 

panel 1 : dalam Al-Quran ade sebut, jika tak mampu untuk berkahwin, maka berpuasalah. suruh la banduan tu berpuasa.. ok, selain tu, ape lagi cara kita bole buat?.. dalam segi kerohanian.

ika : dekatkan diri dengan Allah. 

panel 1 : camne tu?.. mendekatkan diri dengan Allah tu meluas..

ika : berzikir kalau nampak perempuan cantik.. ingatla, wanita tu ciptaan Allah. 

panel 1 : suruh la banduan tu buat solat sunat.. solat sunat istikharah, solat sunat taubah, solat sunat tasbih.. ni dah macam terbalik, macam awak yang interview saya.. ni saya cakap dengan awak ni, nanti balik, pesan la dengan kawan-kawan.. dalam Al-Quran pun ade sebut, berpesan-pesanlah kebaikan sesama kita..

pendekkan cerita lagi.. kali ni kat panel 2 lak.. panel dari penjara.

panel 2 : apa maksud penjara sejahtera?

ika : (dapat jawap, tapi tak ingat jawap ape)

panel 2 : apa 5 point penjara sejahtera.

ika : (alamak... ni memang tak bace langsung ni..). maaf tuan, saya tak pasti..

panel 2 : ok, takpe.. siapa name ketua pengarah penjara?

ika : (dapat jawap)

panel 2 : penjara ni under kementerian apa?

ika : (dapat jawap)

panel 2 : siapa nama menteri dia?

ika : (dapat jawap gak)

panel 2 : ok, itu saja..

Pheww... habis azab interview... sekarang tengah tunggu 29 september je... tapi ika sendiri memang rasa takde harapan.. perempuan pun kekosongan sikit je... takpe.. mesti ade hikmah dia.. doakan ika berjaya....

babaiii... 








kalau suke, LIKE saje..

Monday, August 18, 2014

maafkan kebizian sayaaa...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

busyyy.. busyyyyy... 

14Aug - Interview KX27.
15Aug - Adik nikah.
16Aug - Majlis adik.
17Aug - Pengsan.
18Aug - Keje cam biase.

ingat nak hapdet entry pasal interview tuu.. pastu nak hapdet pasal nikah adik.. pastu nak hapdet pasal majlis adik.. tapii... buat mase ni kekangan mase.. cehh, kekangan mase gituu..

sekarang kat tempat keje pun busyy.. rasenye sekarang tgh arab season kot.. sebab ramai orang arab je.. pastu short staff.. tu yang tak sempat nak hapdet entry tuu..

harini baru masuk keje balik. tapi bile dah lame cuti, mula la keje bertimbun. bertingkek-tingkek.. harini nak rilek dulu, esok baru pulun.. 

yang folo, yang komen, nanti ika reply and folo balik tauuu...


babaiiii.. 

kalau suke, LIKE saje..

Friday, August 8, 2014

Kisah Raya Saya Part 2. Bergambar ngan Kamal Adli.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

semalam part 1, harini part 2. dun worry, takde part 3 pun.. hee.. 

 * dengan adik no 3

  * no 1, mama, no 4, no 3. no 2 takde, gi raye umah bakal mak mertua.

  * L.O.V.E.

 * Possing sakan kat tembok umah nenek.

 * Raya kali ni musim rambutan. Gigih masuk kebun atuk nak ambik gambar punya pasal. hee..

 * mama ngan adik ke 3 posing ngan kete sorong atuk.

 * sepupu. ika. no 3. sepupu. mama. ade cam pak lebai tak?

 * ni kat BP Mall. ade decoration raya kat pentas. tumpang posing jap.

 * ika n mama.

 *makan ais krim cool stick. not bad laa..

* ni haaa.. gambar raya ngan kamal adli. cam sedondon je ngan mama. kamal adli ni duta cool stick.




kesimpulan raya tahun ni.

* tak best.
* tak meriah.
* tak dapat makan lemang.
*duit raya dapat RM41.
* kad raya dapat 1.
* lagi banyak buat persiapan kawen daripada persiapan raya.


babaaaaiii..



kalau suke, LIKE saje..

Thursday, August 7, 2014

Kisah Raya Saya Part 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

eiyaahhh.. rase cam nak letop-letop jari jemari pas lame tak menghapdet belog. over tak?.. sebab lame tak hapdet tu la jadi 2 part. hee.. raya ni ika superrrr busyy.. sebab ade 2 majlis kawen dalam bulan 8 ni. 2hb sepupu kawen kt johor, 15hb adik kawen. pastu 14hb lak interview KX27. 

ika start cuti hari sabtu. so jumaat malam dah balik umah mama. esoknye sabtu buat goodies bag adik kawen, pastu setelkan ape-ape yang patut dulu kat umah sebelum balik kampung. sampai la hari ahad malam pun tak setel-setel gak. kitorang balik malam raye. tak pernah kitorang balik kampung malam raya. selalu mesti balik awal sehari atau 2 hari. nak muntah hokeyy buat goodies bag banyak-banyaaakk..

RAYA 1ST - 28JUL
kat kampung lak.. pagi-pagi raye, dok depan tv, buat goodies bag lagi untuk sepupu kawen lak. tak pakai baju raye pun. petang pun buat keje-keje kawen. kemas umah nenek. sepupu buat kenduri kat umah nenek.sebab atuk ngan nenek dah tua, dah tak larat nak mengemas.

RAYA 2ND - 29JUL
nak keluar jap ngan family, nak cari barang untuk adik ika yang nak balik asrama n balik u. so kitorang decided nak g BP Mall. pakai baju raye cecantik, ambik gambar bebanyak, posing.. orang selalu raya 1st kan. kitorang raye 2nd. jadila daripada takde kan.

RAYA 3RD - 30JUL
balik banting dengan adik no 3. terpaksa balik awal sebab raya 4 dah kena kerja. adik lak dah nak balik u kat terengganu. first time balik naik bas tau dari johor..

RAYA 4TH - 31JUL
KEJE!

RAYA 5TH - 1AUG
keje. malam, balik johor lagi. naik bas dari TBS. canggih gak TBS tu kan?.. cam ala-ala airport system die. Sampai kampung, sambung buat keje kawen.

RAYA 6TH - 2AUG
sepupu kawen. belah pompuan. pernah dengar tak duit tol untuk perkahwinan orang johor?.

RAYA 7TH - 3AUG
majlis belah laki pulak. Gerak balik banting.

RAYA 8TH - 4AUG
MC. tak sihat. sambung buat keje kawen. tapi untuk adik pulak.

RAYA 9TH - 5AUG
keje cam biaseee...

haaaa.. panjang kan?.. cam diary lak.. akibat lame tak menghapdet la ni.. hee..
* tanjaatt kite. sebab entry panjang sangat. hee..

babaiii..






kalau suke, LIKE saje..

Friday, July 25, 2014

Balik kampung jom???

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

yeyyy.. harini last keje sebelum cuti.. yeyyy, yeyyy.. yeyyy...!! rase cam nak lompat bintangg jee.. tengok facebook pun ramai yang dah update status takde mood nak keje.. area johor, kedah, penang, terengganu, kelantan, ade yang dah start cuti kannn.. mesti tengah kemas-kemas umah sambil dengar lagu raye kann?.. 

insyaAllah, Isnin nanti kite rayeee.. dah dapat bayangkan dah, tart nenas yang melting dalam mulut, almond london yang choki-choki tu, kuah kacang yang pedas-pedas sikit tuu.. Syedapnyee!!

time-time ni semua sibuk kemas umah kann, masukkan kuih dalam balang paling bestt.. ika pun suke. tapi suke susun balang kuih atas meja. kena susun cantik-cantik. 

kalau cite pasal balik kampung lak, ika suke balik petang.. pastu suke bukak puase kat RNR.. best je suasana dia. pernah siap bentang karpet atas rumput, sane ade satu family, sini ade satu family.. ala-ala cam kat dataran merdeka. tapi kena g kat RNR yang best la.. hee.. pastu kalau kebetulan balik kampung time malam raye, dengar takbir dalam kete. bessttt...!

pastu kalau dah sampai kampung, dah sampai je kawasan kampung, terus bawak kete slow-slow, bukak tingkap, dengar lagu raya. tengok kanan kiri rumah yang ade pelita tu, best... syahduuu je rase.. pastuuu.. malam-malam lak, main bunga api ngan budak-budak. tapi kadang tu rase cam lebih over dari budak.. hee.. atok neneekkk..! tunggu kepulangan cucumu yang gedik ni tauu.. (korang doakan perjalanan ika n family selamat pergi and selamat balik tauu..) 

korang mesti cuti lame kann?.. ika cuti jaapp je.. hurrmmm.. raye kan sebulan, cuti raye nak sebulan bole tak bos?.. 



selamat hari rayeeee semuaaa...!!

kalau suke, LIKE saje..

Thursday, July 24, 2014

interview. temuduga penolong penguasa penjara KX27.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

haii sumee.. pada yang dapat panggilan SPA untuk jawatan KX27 penolong pegawai penjara haritu, kan mula-mula haritu exam online ditangguhkan, pastu dibatalkan lak, kire kite semuaaaa lulus ujian online tu.. pastu nanti kite terus kena interview ngan panel. tarikh dia tak bagi lagi, tadi SPA tercinta bagi mesej, dah bole cek dekat website untuk tarikh interview..



ok, dah bole mula rase takut sikit-sikit.. doakan ika ye kawan-kawan semuaa.. taknak study lagi bole tak?.. heee.. perangai study last minit memang dah jadi kebiasaan untuk budak ni.. hee.. err, ade yang same ngan ika takk?.. 

GOOD LUCK!!




kalau suke, LIKE saje..

Tuesday, July 22, 2014

cari persamaan antara 2 gambar..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Huuu.. rase cam lame tak hapdet.. busy sangat.. nak tanyeeee.. ape perbezaan antara 2 gambar kat bawah ni... hee

 gambar 1

gambar 2.

cepat-cepaattt.. sape dapat jawap... hihi..

kalau suke, LIKE saje..

Friday, July 18, 2014

MH17

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

malam tadi, tengah tido, pastu ika terjage kul 3pagi. memang dah biasa kalau terjage malam, mesti tengok phone. sekali terbace status kat fb, "Its really look silly when local TV news is not even reporting on the MH flight crash...not even a news strip...CNN is doing" pastu scroll bawah-bawah lagi, pastu terbace lagi, "al fatihah untuk semua penumpang MAS". 

ika dah macam ehhh... MH370 dah jumpa ke?.. dah la mamai-mamai time tu.. scroll-scroll lagi, pastu baru bace kes baru rupenye.. MH17.. tapi time tu blur-blur lagi, tak tau flight dari mane ke mane.. pastu tidur balik. mintak-mintak la ni semua mimpi jee... :(

bangun tidur, tengok fb lagi, baru tau flight dari Amsterdam ke Malaysia.. Terus bukak radio HOT FM, Allahhh.. sedihnye lagu-lagu.. rase sayuu je.. macam mane la keadaan, perasaan keluarga penumpang.. ika sendiri kerja dalam bidang airlines, memang terkesan sangat.. MH370 hilang masih misteri, sekarang MH17 pulak.. 

lagi bertambah sedih, bila orang yang tak tau cerita tunding jari sane sini, salahkan pihak tu, salahkan pihak ni.. malaysia, tolong jangan dipolitikkan benda yang tak sepatutnya. Tak perlu untuk jadi FBI tak bertauliah. daripada tambah dosa, lebih baik berdoa supaya  keluarga mangsa diberikan kekuatan.



TERSALAH TEMBAK katenye.. kesian mangsa yang tak bersalah.. Urghhh... kejam!!!


kalau suke, LIKE saje..

Thursday, July 17, 2014

Bos belanja bukak puasa..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

hari isnin haritu, company ade buat majlis buka puasa kat Big Apple Restaurant kat Berjaya Times Square Hotel. Buffet giteww.. Gabungan branch kajang, branch subang, ngan KL. Mula-mula ingatkan kat big apple donut tu.. hee.. salah rupenye... 




 *makan tak tengok orang kanan kiri dah.. 










makan sampai kenyang-kenyang.. buffet ni sorang RM108 kalau dewasa. kalau budak tak pasti lak berapa. makanan not bad.. sedaappp.. boss, belanja la lagi.. hee.. tahun lepas kat shogun, taun ni kat big apple restaurant, next year mintak-mintak la restoran berputar KLCC lak.. (mau bos putar-putarkan kepala aku ni..hihi)..

kalau suke, LIKE saje..

Wednesday, July 16, 2014

busy. tak sempat BW.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kebiziaaaannn.. tak sempat update blog. tak sempat nak BW. tak sempat nak reply komen. tak sempaaattt.. semua tak sempaatt.. haisshhh.. tinggalkan URL blog korang kat bahagian komen, nanti ika BW.. tq..




SEKIAN

kalau suke, LIKE saje..

Friday, July 11, 2014

Sampai Bilaaa.. :(

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

korang, korannggg.. nak ngadu niii.... ingat lagi kann, yang tanah mendap kat kl yang dekat ngan times square tu?.. disebabkan tanah mendap tu la, ika kena jalan jauuuhhh nak g balik keje.. :(

bukan nak merungut, tapi kire lebih kurang cam merungut gak la.. dulu jalan kaki dalam 5 minit je.. sekarang ni 15-20minit berjalan.. bulan-bulan puase lak tu.. dugaan betul..

yang kaler merah tu jalan kaki dalam 15minit.
yang kaler biru tu jalan yang biase ika lalu, 5 minit.
yang kaler oren tu jalan kaki lebih kurang 20 minit.


kalau nak naik monorel pun, monorel dari imbi ke hang tuah tutup.






sampai bileee laaa... :(

jalan tu, berdebu gilee... bahaye lak tu.. hurmmm.. T_T.. nak tak nak, kena lalu gak kan... ok, nak ngadu tu jeee... babaii..




kalau suke, LIKE saje..

Thursday, July 10, 2014

Kejadian harini n CPUV ke 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Entry kosong je. Ade 2 news untuk harini. 1 bad news, 1 good news. yang bad news nye, harini kesihatan kurang memberangsangkan. cerry berry. berulang kali g balik jumpa Mr Tan**s. dugaan puasa kan.. semalam mase bukak puasa, beli makanan kat bazar je.. tak tau ape yang silap makan.. ni nak blogwalking pun tak semangat sangat. tapi tetap balas jejak. lembik lemah longlai gemalai dah rase. haishhh.. -_-'

good news lak, Mr Nuff bagi lagi 1 CPUV.. alhamdulillah.. CPUV ke 2.. :)


Kali ni dapat Oreo transformers lak.. mekaceh sape-sape yang rajin mengklik ataupun terklik iklan-iklan kat sini.. Tinggalkan jejak, nanti ika singgah balik blog korang.. 

babaiiii..

kalau suke, LIKE saje..

Wednesday, July 9, 2014

jawapan soalan semalam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

semalam ika ade tanye kaann berapa nilai duit syiling besaaaar yang besaarrr gile tu kan?.. takde sape jawab betul.. baru ingat nak bagi hadiah.. heee.. ni jawapan dia...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

RM25!! sempena 25tahun merdeka.. means, duit ni tahun 1982.. ika pun tak lahir lagiii.. 

agak-agak kalau duit besar camni, berapa besar tabung duit syiling kite kan?.. mungkin camni kot...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hihihihihi....

babaaaiii... :)

kalau suke, LIKE saje..