Tuesday, August 19, 2014

pengalaman interview KX27

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

terpakse curik mase hapdet belog.

14aug haritu, ika g inetrview KX27 kat kompleks C putrajaya. kul 10 pagi. ika bangun kul 6.30, pastu study.. study pun sikit-sikit je..ika join group whatsapp KX27. kat situ ade la bincang-bincang info pasal kx27 ni.. ika print yang tu, study. ingat sikit-sikit.. ika pun ade la study sikit-sikit kat website penjara... pastu ade yang cari kat pakcik google.. 

Kat sini ada contoh-contoh soalan lazim yang ditanya semasa seisi temuduga :


1-Apakah tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KX27?
2-Siapakah Ketua Pengarah Penjara Malaysia sekarang?
3-Jabatan Penjara Malaysia berada di bawah kementerian mana?
4-Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?
5-Namakan timbalan kepada beliau?
6-Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Dalam Negeri?
7-Apakah tugas Jabatan Penjara?
8-Sebutkan motto Jabatan Penjara dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Penjara?
9-Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi penahanan dan pemulihan, Jabatan Penjara Malaysia tertakluk kepada akta / peraturan. Boleh anda terangkan akta / peraturan berkaitan yang anda tahu?
10-Apakah objektif penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak?
11-Apa yang anda tahu tentang Program Mesej Dari Penjara yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara?
12-Tujuan Sekolah Henry Gurney diwujudkan di Malaysia?
13-Apa yang anda tahu tentang hukuman seumur hidup?
14-Apakah tujuan pusat pemulihan akhlak diwujudkan?

sumber dari pakcik google sahaja. ade sorang kat group whatsapp tu dah kena interview awal. dia ditanya apa maksud penjara sejahtera?.. ika cari kat website penjara, tak jumpa. terus tanya kat group whatsapp laju-laju... pastu sorang member whatsapp tolong. izwan name die.. thanks izwan.

pastu, siap-siap. kul 9 gitu gerak.. dengan sesat lagiii.. haiyooo.. nasib baik ade incik waze.. dalam kete sempat gak study sikit-sikit.. ika kena interview ngan tuan haji sumali bin amat dan 1 lagi panel dari penjara..

pendekkan ceritaa..

masuk jee.. dah dupdapdupdap.. pastu dia tanya pasal family.. pastu...

panel 1 : ok, kita sebagai pegawai penjara ni bukannya senang. contoh la, kalau ade sorang banduan ni, laki. dia tak boleh tengok pompuan. kalau tengok pompuan je, rase nak kejar. rase nak rogol. ape yang kamu nak cakap dengan dia?

ika : ermm.. nasihat secara berperingkat. cakap dengan banduan, "dia ade ibu, dan mungkin dia ada kakak atau adik. ape perasaan dia kalau orang buat camtu kat family dia?"

panel 1 : erm... ok, ok... baguss.. selain tu, ape care nak buat?.. soalan saya ni susah, saya tauu..

ika : kenalpasti minat banduan. contoh, kalau banduan suka membaca, kalau dia nampak perempuan, bagi dia bahan bacaan.

panel 1 : ok... tapi tu cara moden. kalau cara lain, camne?.. contoh la, sorang laki ni nak kawen, tapi tak mampu. gaji die bulan-bulan RM450.50 je.. camne?.. 

ika : erm.. maaf tuan, saya tak tau.. 

panel 1 : dalam Al-Quran ade sebut, jika tak mampu untuk berkahwin, maka berpuasalah. suruh la banduan tu berpuasa.. ok, selain tu, ape lagi cara kita bole buat?.. dalam segi kerohanian.

ika : dekatkan diri dengan Allah. 

panel 1 : camne tu?.. mendekatkan diri dengan Allah tu meluas..

ika : berzikir kalau nampak perempuan cantik.. ingatla, wanita tu ciptaan Allah. 

panel 1 : suruh la banduan tu buat solat sunat.. solat sunat istikharah, solat sunat taubah, solat sunat tasbih.. ni dah macam terbalik, macam awak yang interview saya.. ni saya cakap dengan awak ni, nanti balik, pesan la dengan kawan-kawan.. dalam Al-Quran pun ade sebut, berpesan-pesanlah kebaikan sesama kita..

pendekkan cerita lagi.. kali ni kat panel 2 lak.. panel dari penjara.

panel 2 : apa maksud penjara sejahtera?

ika : (dapat jawap, tapi tak ingat jawap ape)

panel 2 : apa 5 point penjara sejahtera.

ika : (alamak... ni memang tak bace langsung ni..). maaf tuan, saya tak pasti..

panel 2 : ok, takpe.. siapa name ketua pengarah penjara?

ika : (dapat jawap)

panel 2 : penjara ni under kementerian apa?

ika : (dapat jawap)

panel 2 : siapa nama menteri dia?

ika : (dapat jawap gak)

panel 2 : ok, itu saja..

Pheww... habis azab interview... sekarang tengah tunggu 29 september je... tapi ika sendiri memang rasa takde harapan.. perempuan pun kekosongan sikit je... takpe.. mesti ade hikmah dia.. doakan ika berjaya....

babaiii... 








kalau suke, LIKE saje..

Monday, August 18, 2014

maafkan kebizian sayaaa...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

busyyy.. busyyyyy... 

14Aug - Interview KX27.
15Aug - Adik nikah.
16Aug - Majlis adik.
17Aug - Pengsan.
18Aug - Keje cam biase.

ingat nak hapdet entry pasal interview tuu.. pastu nak hapdet pasal nikah adik.. pastu nak hapdet pasal majlis adik.. tapii... buat mase ni kekangan mase.. cehh, kekangan mase gituu..

sekarang kat tempat keje pun busyy.. rasenye sekarang tgh arab season kot.. sebab ramai orang arab je.. pastu short staff.. tu yang tak sempat nak hapdet entry tuu..

harini baru masuk keje balik. tapi bile dah lame cuti, mula la keje bertimbun. bertingkek-tingkek.. harini nak rilek dulu, esok baru pulun.. 

yang folo, yang komen, nanti ika reply and folo balik tauuu...


babaiiii.. 

kalau suke, LIKE saje..